Pada bulan Ramadhan yang mulia ini, pencerahan tentang puasa dan amalan-amalan sunat kepada anak-anak merupakan topik yang sesuai dibahaskan. Permulaan ramadhan ini bagus untuk mendidik anak-anak, bukan sahaja berpuasa dan bersedekah malah penting untuk mendidik anak-anak solat dengan cara yang betul. Sebagai langkah awal untuk melatih anak-anak berpuasa, ibu bapa boleh membenarkan si kecil berpuasa separuh hari sahaja. Walaubagaimanapun, umur yang sesuai bagi setiap anak-anak berpuasa adalah berbeza. Menjadi kebiasaan ibu bapa membawa anak-anak untuk solat tarawih bersama ke masjid. Memandangkan kini kita dikehendaki membawa sajadah sendiri ke masjid, ibu bapa perlu menyediakan sajadah untuk dibawa oleh anak-anak.

Pengasas Nawaitu, Encik Taqiuddin Izzat  mengambil inisiatif untuk mengeluarkan sajadah khas untuk kanak-kanak bagi menggalakkan si comel mendirikan solat. Keluaran sajadah yang pertama dikeluarkan oleh Nawaitu adalah Square MyFirstSajadah Early Age. Sejadah ini direka untuk kanak-kanak dari seawal usia sembilan bulan sehingga 12 tahun.

 

IKLAN

Usaha besar dari Nawaitu mengeluarkan sejadah ini bagi menarik minat kanak-kanak dan juga memudahkan mereka mempelajari cara solat dengan betul. Bukan sahaja memberi keselesaan dan keseronokan kepada si manja, malah menggalakkan mereka untuk beribadah sejak dari kecil. Inilah objektif utama MyFirstSajadah Early Age dikeluarkan.

Setelah Myfirstsajadah Early Age mendapat sambutan hangat daripada ibu bapa, Nawaitu sekali lagi mengeluarkan sajadah baharu untuk kanak kanak dengan reka bentuk yang berlainan. Boleh dikatakan Nawaitu merupakan syarikat pertama yang menghasilkan sajadah berbentuk quba yang diinspirasikan dari qubah masjid. Ini menjadikan sajadah Nawaitu unik dan menarik untuk kanak-kanak. Dinamakan Quba Kids Myfirstsajadah dan didatangi dengan tujuh corak dan warna yang berbeza. 

IKLAN

Sempena Ramadhan ini, Nawaitu telah melancarkan koleksi terbaru sajadah kanak-kanak iaitu Arche Kids Marakesh. Koleksi ini diilhamkan daripada suasana kota di Maghribi dan berbentuk arche atau gerbang yang sering dilihat di masjid.

Nawaitu mempunyai keluaran sajadah yang boleh digunakan bagi semua peringkat umur. Dengan pembungkusan yang eksklusif menggunakan kotak cocok benar dijadikan hadiah. Tambahan pula, koleksi yang pelbagai bukan sahaja boleh diberikan kepada si kecil sahaja malah boleh diberikan juga kepada orang dewasa. Walaupun pada mulanya, Nawaitu hanya mengeluarkan sajadah kanak-kanak, kini Nawaitu mempunyai pilihan sajadah dewasa seperti Quba Abstract dan Square Nayra. Bukan sahaja sajadah untuk kegunaan di rumah malah sajadah yang boleh di bawa kemana sahaja iaitu Square Khayra Mobile Sajadah. Keluaran terbaru bagi sajadah dewasa adalah Square Hajid yang lebih tebal berbanding koleksi sajadah yang sebelum ini. 

IKLAN
https://www.youtube.com/watch?v=QK7p8nbU4Qc