Jika dilihat kembali zaman kanak-kanak terdahulu, terdapat banyak permainan yang memberikan kita keseronokkan walaupun menghasilkan peluh.

Namun, kanak-kanak sekarang kebanyakannya menggemari bermain telefon pintar yang disebut sebagai satu perkara terpenting dalam kehidupan. Namun, situasi ini juga mungkin kerana kanak- kanak zaman sekarang tidak terdedah dengan permainan terdahulu dan tidak tahu akan keseronokkannya.

Jadi, mari kita lihat beberapa permainan terdahulu yang tidak diketahui mengenainya dan cara permainan tersebut dimainkan.

Baling Tin

IKLAN


Permainan baling tin ini dimainkan dengan tin disusun secara piramid. Kemudian satu pihak harus menjatuhkan susunan tin tersebut untuk memulakan permainan. Kemudian, setiap ahli dari pasukan yang menjatuhkan tin tersebut harus berlari dan merebut peluang semula untuk menyusun kembali tin kepada bentuk piramid, namun tidaklah mudah kerana akan dihalang oleh pihak lawan dengan balingan bola. Tetapi permainan ini tetaplah menyeronokkan walaupun harus menahan kesakitan.

Guli


Permainaan guli merupakan permainan yang biasanya dimainkan oleh budak lelaki terdahulu.

IKLAN

Biasanya permainan guli ini dimainkan dengan setiap pemain harus memasukkan guli milik mereka mengikut jumlah yang telah dipersetujui. Kemudian, pemain yang handal membaling sehingga guli keluar dari bulatan tersebut dan mengumpul guli yang paling banyak dikira sebagai pemenang.

Tarik Upih

IKLAN


Tarik upih merupakan salah satu permainan yang sering dimainkan zaman dahulu. Permainan ini biasanya dimain dengan cara lawan tarik upih sehingga ke penamat dan selalunya tukang tarik upih ialah budak yang berbadan berisi kerana lebih kuat dibanding budak yang kurus.

Permainan ini nampak sangat simple tetapi sangatlah menyeronokkan.

Jadi, inilah antara jenis-jenis permainan zaman dahulu yang tidak diketahui oleh kanak-kanak sekarang. Namun, zaman sekarang, kanak-kanak dan golongan remaja sudah jauh berbeza kerana perubahan masa dan keadaan serta kecanggihan teknologi pada era ini.