Di tengah keheningan hutan yang luas, hiduplah seekor gajah yang besar dan kuat. Namun, disebalik kekuatannya, tersembunyi rasa kesepian yang mendalam.

Gajah itu tidak memiliki sahabat untuk berbahagi cerita dan kegembiraan. Dalam kesedihannya, gajah memutuskan untuk berjalan mencari sahabat. Perjalanannya dimulai dengan bertemu seekor monyet yang lincah, namun monyet tersebut menolak untuk berkawan dengannya dengan alasan gajah terlalu besar.

Kemudian, gajah bertemu dengan musang dan rusa, yang sama-sama menolaknya kerana takut akan kebesaran dan kekuatan gajah. Namun, takdir membawa cerita yang berbeza ketika ada khabar angin mengatakan bahawa harimau ingin memakan kesemua haiwan di dalam hutan.

IKLAN

Gajah, dengan hati yang berani, memutuskan untuk berhadapan dengan harimau tersebut. Dengan kekuatan dan keberaniannya, gajah berhasil menghalau harimau itu dan menyelamatkan semua haiwan di hutan.

IKLAN

Keberanian gajah merubah pandangan semua haiwan terhadap dirinya. Mereka menyedari bahawa kekuatan gajah tidak hanya luaran, tetapi juga hatinya yang besar dan berani.

IKLAN

Haiwan-haiwan di hutan pun akhirnya menerima gajah sebagai sahabat mereka.
Kisah gajah mencari sahabat ini mengajarkan kita tentang pentingnya keberanian, belas kasihan, dan tidak menghakimi orang lain dari luar sahaja. Gajah, yang awalnya kesepian kerana penolakan, akhirnya diterima dan dihargai kerana tindakannya yang mulia