Ingin membawa anak-anak anda menerokai kehidupan liar pada hujung minggu tetapi tidak tahu di mana ? Apa kata anda anak-anak atau keluarga berseronok dengan rakan berbulu, dsari zoo kecil yang anda boleh membelai haiwan comel sehinggalah taman hidupan liar yang luas untuk anda menyaksikan ciptaan menakjubkan. Terdapat banyak tempat seperti ini di Malaysia untuk anda meluangkan masa bersama sambil menambah pengetahuan. Lihat ke bawah untuk melihat senarai beberapa zoo dan taman hidupan liar terbaik di Malaysia yang telah kami senaraikan untuk anda !

ZOO NEGARA

Zoo Negara secara rasminya dibuka pada November 1963. Zoo Negara menempatkan lebih 400 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. Konsep zoo ini terbuka meliputi 110 ekar tanah dan ditujukan untuk pemuliharaan, rekreasi, pendidikan dan penyelidikan pelbagai jenis spesies haiwan dan tumbuhan termasuk spesies terancam dan eksotik seperti orang utan, Harimau Malaya, tapir dan sebagainya. Pastikan anda singgah di Pusat Konservasi Panda Gergasi untuk melawat pasangan panda gergasi yang comel semasa anda berada di sana.

Alamat : Jalan Taman Zooview, Taman Zooview, 68000 Ampang, Selangor
Harga Tiket : dari
Waktu Operasi : Dibuka setiap hari dari 9 AM hingga 5 PM

LANGKAWI WILDLIFE PARK

IKLAN

Dengan suasana hutan hujan tropika, Langkawi Wildlife Park menempatkan lebih 150 spesies haiwan dan burung dari seluruh dunia seperti benturung, kancil, burung unta, rakun, tikus belanda dan sangkar burung yang penuh dengan burung yang bebas berterbangan. Kami juga tertarik dengan taman ini kerana ruangnya luas dengan laluan pejalan kaki yang berbumbung dan kawasan pameran terlindung. Dengan ini, anda dapat mengelak dari matahari dan meneroka sama ada hujan atau panas. Pastikan anda menyemak jadual taman dan jangan lepaskan waktu istimewa untuk memberi makan haiwan sepanjang hari.

Alamat : Lot 1485, Kampung Belanga Pecah, Jalan Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah
Harga Tiket : Malaysian with MyKad/MyKid – RM 30 hingga RM 45
Waktu Operasi : Dibuka setiap hari dari 8:30 AM hingga 6 PM

TAMAN HIDUPAN LIAR LOK KAWI

IKLAN

Sabah yang dikenali dengan kekayaaan flora dan fauna yang subur, jadi tidak peliklah jika negeri ini juga menempatkan salah satu taman hidupan liar yang dikendalikan dengan baik di Malaysia. Taman Hidupan Liar Lok Kawi merentasi 280 ekar tanah dan ditujukan untuk menawarkan 2 komponen yang terbaik iaitu zoologi dan botani. Antara penghuni yang menganggap zoo ini sebagai rumah mereka ialah monyet Proboscis, gajah Pigmi Borneo, harimau Malaya dan banyak lagi. Di sini, pelawat juga boleh mengambil peluang untuk bersiar-siar secara santai atau meredah hutan di laluan botani sepanjang 1.4km yang berturap di taman ini.

Alamat : Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak
Harga Tiket : dari RM10 setiap orang dewasa
Waktu Operasi : Dibuka setiap hari dari 9:30 AM hingga $:30 PM (rehat 1 PM hingga @ PM)

ZOO JOHOR

IKLAN
The Johor Zoo in Johor Baru was a popular spot for families and tourists before its temporary closure.

Apabila berada di bandar Johor Bahru, jangan lepaskan peluang untuk ke Zoo Johor. Dibina pada tahun 1928, zoo ini adalah yang tertua di Malaysia, malah dikatakan antara yang tertua di Asia. Luangkan masa dengan orang yang tersayang di sini sambil melihat lebih daripada 100 spesies haiwan yang berbeza, termasuk harimau Indo-Cina, gajah, badak air dan yang paling kami sukai, unta yang sangat mesra. Untuk lebih keseronokan, anda boleh berdayung di atas bot di tasik mini atau mengambil gambar bersama rakan berbulu di sini. Selain itu, bayaran masuk ke zoo ini juga antara yang paling murah di Malaysia, sebab itulah ia terkenal sebagai tempat bersiar-siar bersama keluarga pada hujung minggu.

Alamat : Jalan Gertak Merah, Taman Istana, 80000 Johor Bahru, Johor
Harga Tiket : dari RM2 setiap orang dewasa
Waktu Operasi : Dibuka setiap hari dari 9 AM hingga 4 PM

FARM IN THE CITY

Terletak di Seri Kembangan, Farm In The City sememangnya syurga dunia untuk pencinta haiwan. Tidak seperti zoo biasa yang dikurung di dalam sangkar dan tidak dapat dicapai, zoo ini berusaha untuk menjadi lebih daripada sebuah pameran semata-mata. Malah, misi utama zoo haiwan peliharaan adalah untuk menggalakkan interaksi antara pelawat dengan haiwan dalam persekitaran semula jadi. Suap, belai dan berkawan dengan arnab, tikus belanda, rusa, alpaka, kuda padi, rakun dan banyak lagi haiwan jinak.

Alamat : Lot 40187-40188, Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Harga Tiket : Adult (RM 39), Child (RM32), Senior Citizen (RM32) – with MyKad
Waktu Operasi : Dibuka setiap hari dari 10 AM hingga 6 PM – Tutup : Selasa